SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan

Sunday, 8 January 2017

SAPS merupakan ringkasan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ianya merupakan satu sistem atas talian yang membolehkah keputusan peperiksaan dianalisis. Selain itu, selepas guru-guru memasukkan markah, ibu bapa boleh terus membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, keputusan peperiksaan ini hanyalah untuk peperiksaan dalam sekolah sahaja. Dalam erti kata lain, ianya tidak boleh menyemak keputusan peperiksaan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan STPM.

Cara Semakan Saps Ibu Bapa

Berikut adalah cara untuk membuat Saps semakan Ibu Bapa.

Masuk ke laman web

Untuk menyemak keputusan murid, anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah ini;

saps semakan ibu bapa

Kemudian, masukkan no kad pengenalan murid, ataupun jika tiada masukkan sijil lahir pelajar. Selepas itu, pilih sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengan. Dan pilih tahun keputusan peperiksaan yang ingin dilihat.

Selepas itu , klik semak. Keputusan peperiksaan murid akan dipaparkan. Anda boleh juga terus mencetak keputusan pelajar.

Semoga artikel ringkas mengenai cara semakan saps ibu bapa ini dapat membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak-anak mereka.


EmoticonEmoticon